Tentang Pak Haji

Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad — Pengasas HPA International

Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengasas HPA International

Pengasas

Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad

Pengasas HPA International

Logo HPA International Logo Pak Haji Since 1986

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Jejawi, Perlis pada tahun 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida.

Pada 15 Julai 1995, nama syarikat telah ditukar kepada Herba Penawar Al Wahida (HPA) — sebuah perniagaan yang kini telah berkembang menjadi syarikat herba terbesar milik Bumiputra di Malaysia.

Latar Belakang

Pengenalan

Bermula di Jejawi, Perlis

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Jejawi, Perlis pada tahun 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Pada 15 Julai 1995, nama syarikat telah ditukar kepada Herba Penawar Al Wahida (HPA).

Tujuan Penubuhan

Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk membuat kajian Perubatan Herba Tradisional bagi dijadikan sebagai rawatan alternatif kepada masyarakat. Selain itu, syarikat ini juga bertujuan untuk membuat penanaman tanaman perubatan secara komersial.

Sejarah — Herba Penawar Al Wahida

HPA adalah ringkasan daripada Herba Penawar Al Wahida dimana nama Wahida itu diambil sempena nama anak pertama dalam keluarga Pengasas merangkap Pengarah Urusan HPA, Tn. Haji Ismail.

Herba Penawar Al Wahida bermaksud penyembuhan yang berlaku itu datangnya dari Allah yang Esa.

Dari titik inilah beliau bermula memperkembangkan perniagaannya dari masa ke semasa sehingga dapat membuat penjualan yang cukup membanggakan untuk pergi lebih jauh.

Perjalanan Kami

Sejarah HPA

  1. 1986

    Perawatan Tradisional Al Wahida

    Perniagaan herba bermula menggunakan nama Perawatan Tradisional Al Wahida.

  2. 1987

    Diasaskan di Jejawi, Perlis

    Diasaskan secara kecil-kecilan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad dengan 6 orang pekerja dan modal awal RM3,000.

  3. 15 Julai 1995

    Herba Penawar Al Wahida (HPA)

    Nama syarikat ditukar kepada Herba Penawar Al Wahida (HPA). HPA Industries Sdn. Bhd. didaftarkan.

  4. 1997

    Memasuki era MLM Syariah

    HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Majlis Ulama Indonesia (MUI).

  5. 3 tahun kemudian

    6 lot Kilang MIEL

    HPA membeli 6 lot Kilang MIEL Kawasan Perindustrian Jejawi Sematang di Perlis.

  6. Kini

    5 buah kilang, lebih 200 produk

    HPA Industries Sdn Bhd memiliki 5 buah kilang — kilang kopi, kilang herba, kilang sos, kilang roti dan kilang kordial. Lebih 200 produk Suci dan Halal.

Didaftarkan pada tahun 1995

HPA Industries Sdn. Bhd.

Pada tahun yang sama, HPA telah berjaya menyewa beberapa lot bangunan di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis dibawah skim Bank Pembangunan negara ketika itu.

Peringkat pertama penghasilan produk dilakukan dengan hanya menggunakan 3 buah mesin oven pembakar kuih untuk mengeringkan akar kayu. HPA bermula dengan 6 orang pekerja dan modal awal sebanyak RM 3 ribu. Keadaan ini berkembang begitu cepat sehingga HPA memiliki kemudahan serta peralatan yang mencukupi sebagai sebuah kilang herba.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 5 buah kilang:

Kilang KopiKilang HerbaKilang SosKilang RotiKilang Kordial

Dua kilang yang bertaraf GMP ialah kilang kopi dan kilang Herba. HPA juga memiliki saham dengan kilang-kilang di negara luar.

3mesin oven pembakar kuih untuk mengeringkan akar kayu
6orang pekerja ketika bermula
RM3kmodal awal
5buah kilang — 2 bertaraf GMP

Hala Tuju Kami

Visi, Misi & Objektif

Visi

  • Menjadi Syarikat Herba Bertaraf Dunia
  • Mengeluarkan produk berkualiti tinggi, suci dan halal
  • Membantu masyarakat Islam menjadi lebih berdikari dari segi ekonomi

Misi

  • Menghasilkan produk herba berkualiti tinggi berasaskan sumber semulajadi
  • Memajukan industri herba tempatan ke peringkat antarabangsa
  • Memperkasakan usahawan Bumiputra melalui sistem pemasaran yang adil

Objektif

  • Membuat kajian Perubatan Herba Tradisional sebagai rawatan alternatif
  • Membuat penanaman tanaman perubatan secara komersial
  • Menyediakan peluang perniagaan kepada ahli dan agen stok di seluruh Malaysia
Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas
Tn Hj Ismail, Pengasas HPA International

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi kami.

Hubungi WhatsApp